Wang Tidak Dituntut Semakan Online Melalui EGUMIS

Apakah yang dimaksudkan dengan wang tidak dituntut(WTD)?

Ditakrifkan kepada tiga kategori.

Pertamanya, wang yang perlu dibayar di bawah peruntukan undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu jangka masa tidak kurang dari satu tahun.

Kedua, wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu jangka masa tidak kurang dari tujuh tahun.

Ketiga, wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

gambar wang
Kredit gambar wang google images

Contoh kategori pertama iaitu wang yang perlu dibayar ialah:

  1. Duit gaji, upah, bonus, komisen dan wang lain yang wajib dibayar kepada kakitangan
  2. Dividen
  3. Keuntungan yang diisytihar untuk dibahagikan
  4. Tuntutan insuran yang telah diluluskan untuk pembayaran
  5. Bank draf, tempahan juruwang, dan dokumen lain yang mempunyai sama fungsi di mana tempoh sah lakunya telah luput.
  6. simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang
  7. cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
  8. Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit

Contoh kategori yang kedua pula ialah:

  1. Akaun simpanan
  2. Akaun semasa
  3. Simpanan tetap(tanpa arahan pembaharuan automatik)

Kategori yang ketiga ialah:

  1. Akaun pemiutang dagangan
  2. Akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Itu antara intipati penting yang kami petik dari laman Jabatan Akauntan Negara berkenaan wang tak dituntut.

Pembaca boleh rujuk laman JANM untuk maklumat lebih detail dan sahih.

OK, berbalik semula kepada tajuk di atas…

Anda sebenarnya tidak perlu pergi ke Kaunter JANM untuk membuat semakan WTD. Ini kerana semakan wang tidak dituntut boleh dilakukan secara online.

Maklumat Penting Semakan WTD Melalui eGUMIS

Semakan online melalui aplikasi eGUMIS. Walaubagaimanapun eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System masih belum diaktifkan pada masa sekarang. Admin difahamkan ianya akan beroperasi pada suku tahun kedua 2018.

Dibawah ini beberapa maklumat penting tentang sistem eGUMIS. Kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

  • Tarikh semakan dibuka : (akan dikemaskini)
  • Akses link untuk menyemak : (akan dikemaskini)

Jadi sementara anda menunggu aplikasi eGUMIS diaktifkan, ikuti langkah di bawah ini terlebih dahulu untuk membuat semakan di seluruh negara.

  1. Pergi ke kaunter JANM yang berdekatan anda. Kaunter dibuka pada hari bekerja sahaja.
  2. Bawa bersama dokumen penting seperti MYKAD ataupun sijil kematian sekiranya orang yang ingin disemak itu telah meninggal dunia.
  3. Serahkan dokumen yang diminta di kaunter pendaftaran.
  4. Status WTD akan disemak dalam masa beberapa minit sahaja oleh pegawai bertugas.
  5. Pegawai bertugas akan menerangkan jumlah wang yang boleh dituntut dan cara anda membuat tuntutan.
  6. Semakan ini adalah percuma

Jika Ingin Membuat Tuntutan…

Ada beberapa dokumen perlu dibawa bersama jika anda ingin membuat tuntutan. Sila lihat senarai di bawah ini:

  1. Borang UMA-7 yang telah siap diisi dan ditandatangani.
  2. Salinan kad pengenalan yang sah ataupun passport sekiranya bukan warganegara Malaysia.
  3. Dokumen asal seperti buku bank, simpanan dan lain-lain.
  4. Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan wang tak dituntut sekiranya dokumen asal tiada.
  5. Salinan penyata muka depan buku akaun bank pemohon yang aktif dan disahkan oleh pihak bank. Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank tersebut.

Sekiranya anda inginkan maklumat lebih lanjut, anda boleh hubungi JANM di alamat berikut:

Pejabat Pendaftar WTD
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel: 03-2056 8000
Faks : 03-2072 5707 /2026 7430
Waktu urusan :
Isnin – Khamis: 8.30 pg – 4.30 ptg
Jumaat : 8.30 pg – 12.15 tgh
2.45 ptg – 4.30 ptg
Tutup : Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Leave A Reply

Your email address will not be published.