Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Dan Duit Masuk Ke Akaun Bank

Tarikh pembayaran BR1M 2018. Ramai yang bertanya bila agaknya duit brim masuk ke akaun bank.

Sepertimana semua maklum, pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Akan tetapi bilakah pembayaran kali pertama. Di bawah ini ada penjelasannya.

Sebelum itu ingin Mohonsemak.my jelaskan di sini, kadar bayaran BR1M bagi semua kategori adalah sama sepertimana yang diumumkan di dalam bajet 2018.

Di bawah ini dikongsikan maklumat penting tentang jadual pembayaran terkini brim, cara dan tarikh bayaran brim 2018.

tarikh pembayaran br1m 2018
Kredit gambar tarikh pembayaran BR1M 2018 : Google image

Jadual Tarikh Pembayaran BRIM 2018

Secara amnya, penerima BR1M dibahagikan kepada dua kategori iaitu keluarga(isi rumah) dan individu(bujang).

Pembayaran bagi kategori isi rumah akan dibahagikan secara berperingkat. Dibayar tiga kali iaitu pada bulan februari, jun dan ogos 2018.

Manakala pembayaran br1m bagi kategori individu(bujang) dilakukan sekali sahaja iaitu pada februari 2018.

Duit brim boleh dapat, sekiranya permohonan baru ataupun kemaskini yang dibuat telah diluluskan oleh agensi-agensi kerajaan yang disenaraikan dalam artikel sebelum ini.

Jika permohonan BR1M lulus, maka jumlah kadar bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia sebagaimana jadual pembayaran di bawah.

Tarikh BRIM 2018 Mengikut Kategori

1. Kategori Individu Bujang Berpendapatan Bawah 2000 Sebulan

  • Kadar bantuan : RM450
  • Pembayaran dilakukan sekali sahaja
  • Tarikh pembayaran rasmi : Bermula 26 Februari 2018 secara berperingkat

2. Kategori Isi Rumah Berpendapatan Dari RM3001 hingga RM4000 Sebulan

  • Kadar bayaran bantuan : RM900
  • Pembayaran sebanyak RM300 sebanyak tiga kali
  • Bayaran kali pertama : Bermula 26 Februari 2018 secara berperingkat
  • Bayaran kali kedua : Pada bulan Jun 2018(Tarikh akan dikemaskini)
  • Bayaran kali ketiga : Pada bulan September 2018(Tarikh akan dikemaskini)

3. Kategori Isi Rumah Berpendapatan Dibawah RM3000

  • Kadar bayaran bantuan : RM1200
  • Pembayaran sebanyak RM400 sebanyak tiga kali
  • Bayaran kali pertama : Bermula 26 Februari 2018 secara berperingkat
  • Bayaran kali kedua : Pada bulan Jun 2018(Tarikh akan dikemaskini)
  • Bayaran kali ketiga : Pada bulan September 2018(Tarikh akan dikemaskini)

*Kemaskini akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Anda digalakkan melayari Portal Rasmi e-BR1M bagi mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa di https://ebr1m.hasil.gov.my/

Cara Pembayaran BRIM 2018

Terdapat dua agihan bayaran brim kepada penerima yang dilakukan oleh pihak yang berkaitan, iaitu pembayaran melalui akaun bank penerima dan juga melalui baucar.

Bayaran Melalui akaun bank penerima

Sepertimana yang dinyatakan di atas tadi tentang  brim 2018 bila dapat duit, pengkreditan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat ke akaun bank penerima berdasarkan masklumat yang diisi di dalam borang BR1M.

Kecepatan duit br1m masuk bank in adalah bergantung sistem bank penerima.

Pastikan nombor akaun bank penerima adalah betul dan tepat.

Bayaran Melalui baucar

Jika pemohon layak menerima br1m tetapi tidak mempunyai maklumat akaun penerima, bayaran br1m akan dibuat dalam bentuk baucar.

Baucar tersebut akan terus dipos ke alamat penerima dan boleh ditunaikan dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

Pembayaran BR1M dalam bentuk baucar juga dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pemohon berkemungkinan akan terima lebih lewat sedikit dari penerima yang mempunyai maklumat akaun bank.

Semoga ianya bermanfaat. Artikel tarikh pembayaran br1m 2018 akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Baca juga : Semak BR1M 2018 Lulus Atau Tidak

Leave A Reply

Your email address will not be published.