Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018 Terkini
Pakatan Harapan telah memenangi Pilihanraya Umum ke 14 pada 9 Mei 2018. Kemenangan ini membolehkan PH menerajui pemerintahan kerajaan persekutuan untuk tempoh lima tahun.
Pakatan Harapan dianggotai oleh empat parti politik iaitu Parti Keadilan Rakyat(PKR), DAP, Pribumi Bersatu(PPBM) dan juga Amanah telah bersetujui untuk melantik YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7.
Ini merupakan kali kedua YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Pelantikan ini telah dicatatkan dalam Guinness World Record sebagai Perdana Menteri Paling Tua di dalam sejarah iaitu ketika berumur 92 tahun.

YAB Perdana dan Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bermesyuarat dan mendapat kata putus untuk menamakan menteri kabinet di beberapa kementerian yang paling penting. Pada masa sekarang ini hanya menteri di tiga kementerian sahaja dilantik iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.
Manakala kementerian yang lain masih belum lagi diputuskan oleh Pakatan Harapan. Mungkin mengambil masa untuk memilih calon yang terbaik dan berwibawa sebagai menteri di kementerian.


Senarai Menteri Kabinet Di Tiga Kementerian



Majlis Penasihat Kerajaan
Pentadbiran Pakatan Harapan telah menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan. Majlis Penasihat Kerajaan akan bertanggungjawab untuk merancang, merangka, mengkaji untuk membentuk hala tuju ekonomi Malaysia untuk tempoh 100 hari pentadbiran baru ini.
Majlis Penasihat dianggotai oleh :-
- Tun Daim Zainuddin
- Tan Sri Zetty Akhtar Aziz
- Robert Kuok
- Prof Dr Jomo
- Tan Sri Hassan Merican
Nama menteri yang lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila mendapat maklumat rasmi nanti. Semoga senarai menteri kabinet Malaysia yang baru dilantik ini akan lebih mampu memacu pembangunan ekonomi Malaysia ke tahap lebih tinggi tanpa meminggirkan kepentingan rakyat.
Semoga negara kita akan terus makmur dan aman damai.