Senarai Lokasi Kamera AES Terkini 2018

Berikut di bawah ini merupakan senarai lokasi kamera AES terkini yang dikemaskini oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di kebanyakan lebuhraya di Malaysia bagi tahun 2018.

Disamping itu JPJ juga telah memperkenalkan sistem AWAS bagi mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang semakin meningkat ini.

Kebanyakan kesalahan yang berlaku ialah melanggar lampu merah dan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

gambar zon operasi kamera

Senarai lokasi kamera AES yang disediakan ini ialah termasuk lokasi sedia ada dan juga yang terbaru. Admin mohon semak berharap panduan ini dapat memberikan maklumat berguna kepada pengguna lebuh raya dan dapat mengelakkan diri dari dikenakan saman.

Apa Itu AES?

AES atau nama penuhnya ialah Automated Enforcement System merupakan satu kaedah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalu lintas secara automatik menggunakan kamera berteknologi tinggi.

Gambar-gambar kesalahan trafik akan dirakamkan melalui kamera AES ini.

Sistem ini beroperasi selama 24 jam sehari tanpa mengira apapun keadaan cuaca. Jadi anda silap jika menganggap AES hanya berfungsi pada waktu siang sahaja.

Gambar yang ditangkap akan dihantar ke Pusat Kawalan AES secara automatik beserta dengan maklumat pemilik kenderaan. Pihak JPJ akan membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum saman dikeluarkan kepada pemandu yang membuat kesalahan.

Surat saman akan diposkan dan dihantar ke alamat pemilik kenderaan berdasarkan alamat yang terdapat di dalam kad pengenalan.

Lokasi Kamera AES

Berikut dibawah adalah senarai lokasi sedia ada dan juga lokasi AES terbaru. Ada yang dipasang di beberapa lebuhraya dan ada yang dipasang di persimpangan lampu isyarat.

1. Lokasi Sedia Ada – Had Laju

  • KM D7.9, Sungai Besi Kuala Lumpur (Arah Selatan)
  • KM 375.9 Lebuhraya PLUS Slim River(Arah Utara)
  • KM 91 Jalan Ipoh – Butterworth (Arah ke Selatan)
  • KM 7 Jalan Maharaja Lela – Teluk Intan(Arah ke Bagan Datoh)
  • KM 85.5 jalan Ipoh – Kuala Lumpur(Arah ke Selatan)
  • KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
  • KM 204.6 Lebuh raya PLUS Taiping (Arah ke Utara)
  • KM 301.6 Lebuhraya PLUS Kajang(Arah ke Utara)
  • Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya(Kajang menuju ke PICC)
  • Jalan Persiaran Timur, Putrajaya(PICC menuju ke Kajang)

2. Lokasi Terbaru – Had Laju

  • KM 151.4 Lebuhraya PLUS Pagoh
  • KM 146.8 Lebuhraya PLUS Pagoh
  • KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2(LPT2)
  • KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2(LPT2)
  • KM 299.9 Lebuhraya PLUS Kampar
  • KM 17 Gua Musang – Kuala Krai
  • KM 96.3 Lebuhraya PLUS Kuala Muda

3. AES Persimpangan Lampu Isyarat

  • KM 26 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar(Persimpangan Kg Kerdah)
  • Jalan Pasir Putih – Ipoh(Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
  • Jalan Ipoh, Kuala Lumpur(Persimpangan Jalan Perhentian, Sentul)
  • Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur(Persimpangan Jalan Sepadu)

Infografik Perletakan Camera AES Location Sedia Ada Dan Baru

Di bawah merupakan infografik camera aes location terkini dan telah sedia ada.

camera aes location

infographic lokasi kamera

Diharapkan dengan pelaksanaan penguatkuasaan Automated Enforcement System akan dapat membantu mengurangkan kadar kesalahan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan sekaligus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pemandu yang dikesan melakukan kesalahan oleh kamera berteknologi ini tidak akan dapat lari dari dikenakan saman samada dikompaun ataupun ke mahkamah.

Jadi ketika melakukan perjalanan, kenalpasti lokasi kamera AES yang berada dilaluan perjalanan anda. Kalau kena saman, memang tiada rayuan agaknya.

SUMBER : JPJ

Leave A Reply

Your email address will not be published.