in

Semak Tempat Mengundi Dan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum PRU 14

Pilihan Raya Umum kali ke 14 akan diadakan pada 9 Mei 2018. Ini merupakan peristiwa paling penting dan dinanti seluruh rakyat Malaysia pada tahun 2018. Keputusan PRU ini akan menentukan hala tuju tampok dan corak pemerintahan negara.

Jadi undilah dengan bijak untuk menentukan masa depan negara dan pilihlah wakil rakyat yang boleh bekerja untuk rakyat.

Kami tidak mahu bercerita pasal politik, artikel ini disediakan sebagai rujukan anda cara untuk menyemak tempat mengundi pada PRU 14 nanti.

Semakan Lokasi Tempat Mengundi

Terdapat dua cara untuk membuat semakan lokasi tempat pengundian, iaitu:-

  1. Secara Online
  2. Melalui SMS

1. Secara Online

login pengundi
Kredit : SPR

Ikuti cara semakan daftar pemilih sebagaimana langkah-langkah berikut:-

  1. Layari laman web https://pengundi.spr.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa space atau tanda (-)
  3. Klik butang SEMAK

Paparan keputusan sebagaimana gambar di bawah.

gambar keputusan carian
Gambar Kredit : SPR

2. Melalui SMS

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini:-

  1. SPR<JARAK>SEMAK<JARAK>NOMBOR KAD PENGENALAN
  2. Hantar ke 15888

** Maklumat semakan adalah daftar pemilih bagi tujuan Pilihan Raya Umum ke 14 yang diwartakan pada 10 April 2018.

Peringatan Sebelum Pergi Mengundi

Dibawah ini admin senaraikan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum pergi mengundi. Perkara yang paling utama ialah penggunaan dakwat adalah WAJIB.

  • Bawa kad pengenalan
  • Semak pusat mengundi, tempat mengundi dan nombor siri di barung SPR/ SMS ataupun melalui laman SPR.
  • Berada di pusat mengundi dan tempat mengundi yang betul.
  • Tidak memakai pakaian yang mempunyai simbol parti di dalam pusat mengundi.
  • OKU boleh diiringi oleh orang yang dipercayai untuk membantu proses mengundi.
  • Telefon bimbit hendaklah dimatikan dan tidak membuat bising.
  • Dapatkan bantuan petugas SPR sekiranya ada masalah atau pertanyaan.
  • Akur kepada arahan anggota polis dan petugas SPR.
  • Segera keluar dari pusat mengundi setelah selesai mengundi.

** Undi anda adalah RAHSIA. Jangan dedahkan secara LISAN, TULISAN ataupun melalui media ELEKTRONIK.

Selamat Mengundi

Jika sudah tahu lokasi tempat anda mengundi pada 9 Mei 2018, jangan lupa datang tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi pada pengundian nanti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *