Semak Keputusan SPM Ulangan 2018 Secara Online Dan SMS

Semak keputusan SPM ulangan 2018. Untuk makluman kepada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM paper Julai, semakan keputusan peperiksaan Ulangan SPM boleh dibuat bermula pada hari Khamis 13 September 2018.

Berdasarkan laporan akhbar Kosmo Online, seramai 11,057 calon berdaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Ulangan di 213 pusat peperiksaan di seluruh negara.

semak keputusan spm ulangan 2018

Seramai 1,649 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan tersebut berjalan dengan lancar.

Hanya tiga matapelajaran ditawarkan dalam peperiksaan ulangan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan, keputusan peperiksaan akan diterima melalui pos atau mereka boleh mendapatkan keputusan tersebut dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Semakan keputusan Peperiksaan SPM Ulangan boleh juga dibuat secara online dan juga SMS.

Perkhidmatan akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 13 September 2018 dan akan ditamatkan pada jam 6 petang 19 September 2018.

Semak Keputusan SPM Ulangan 2018 Secara Online

Semakan SPMU online boleh dibuat melalui pautan http://sppat.moe.gov.my/semakan/.

Pautan link tersebut akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 13 September 2018 dan akan tamat pada 19 September 2018 jam 6 petang.

Cara Semak Melalui SMS

Selain semak secara online, calon juga boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas SMS. Berikut di bawah ini adalah langkah-langkahnya.

  1. Taip SPMU<jarak>No Kad Pengenalan Calon<jarak>Angka Giliran
  2. Hantarkan SMS kepada 15888

Contoh:

  1. SPMU 950108017616 VW7155
  2. Hantarkan Ke 15888

P/S: Cas perkhidmatan sebanyak 15 sen bagi setiap penghantaran mesej.

Permohonan Menduduki Peperiksaan SPM Ulangan

Lembaga Peperiksaan Malaysia akan membuka permohonan Peperiksaan SPM ulangan, kebiasaannya pada bulan mac.

Peperiksaan ulangan biasanya berlaku pada bulan julai atau november tetapi calon wajib membuat permohonan pada bulan mac sahaja.

Setiap mata pelajaran akan dikenakan cas sebanyak RM20 kecuali bahasa inggeris RM20.50.

Calon boleh memuat turun borang permohonan secara online di SINI atau di Pejabat Pendidikan Daerah dan juga Jabatan Pendidikan Negeri.

Akhir kata, semoga calon terlibat akan lulus dengan jayanya dalam peperiksaan SPM ulangan dan dapat meneruskan pembelajaran di Universiti Awam yang diimpikan.

Selamat maju jaya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.