in

Semak BRIM Tahun 2018 Lulus Atau Tidak

Semak BRIM samada lulus atau tidak. Antara ayat popular yang selalu dipersoalkan pada hujung 2017 dan awal tahun 2018.

Adakah kaedah terbaik yang boleh digunakan supaya maklumat boleh didapati dengan mudah, pantas dan tepat.

Sebenarnya pada masa sekarang ini, banyak cara yang boleh digunakan untuk membuat semakan status permohonan BRIM.

Disamping membuat semakan, pemohon juga boleh membuat rayuan jika tidak lulus dalam permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Cara semak yang paling cepat dan pantas ialah membuat semakan secara online melalui Portal MyBR1M 2018.

Selain menggunakan khidmat online, pemohon juga boleh menyemak status kelayakan di kaunter BR1M yang berhampiran.

Pemohon juga boleh menggunakan talian telefon dan email untuk pertanyaan status.

Bagaimana Nak Semak BRIM Lulus Atau Tidak

Semakan status permohonan BRIM akan melalui beberapa proses dan verifikasi kelayakan daripada beberapa agensi yang telah ditetapkan. Antara agensi yang terlibat sebagaimana di bawah.

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia(LHDNM)
  2. Jabatan Akauntan Negara Malaysia(JANM)
  3. Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
  4. Polis Diraja Malaysia(PDRM)
  5. Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)
  6. Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ)
  7. Kementerian Pendidikan Pengajian Tinggi
  8. Jabatan Agama Islam Negeri
  9. Angkatan Tentera Malaysia(ATM)
  10. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)
  11. Kumpulan Wang Persaraan
  12. Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
  13. Kementerian Luar Negeri

Semakan status BRIM 2018 boleh dilakukan secara online dan juga secara manual. Cara semak sebagaimana di bawah.

1. Semak Lulus Atau Tidak Secara Online

1. Klik pautan link https://ebr1m.hasil.gov.my/ untuk melayari Portal Rasmi e-BR1M.

2. Klik MENU MyBR1M dan masukkan nombor kad pengenalan pemohon ke dalam ruangan yang disediakan dan klik butang “LOG MASUK”.

3. Jawapan soalan keselamatan dengan tepat. Soalan keselamatan telah diisi oleh pemohon semasa membuat permohonan baru Bantuan Rakyat 1Malaysia secara atas talian.

Sekiranya berjaya, pemohon akan nampak beberapa MENU dalam MyBR1M. Antara MENU tersebut ialah semakan status, cetakan borang permohonan, peti mel dan juga maklum balas.

semak brim
klik 2x untuk paparan lebih jelas

 

4. Klik MENU “semakan status” dan anda akan nampak paparan sebagaimana gambar di bawah.

5. Sekiranya anda ingin mencetak, sila klik butang “CETAK STATUS SEMAKAN”. Pastikan komputer anda disambungkan kepada pencetak. Jika tiada pencetak, pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader.

2. Semakan BR1M Menggunakan Aplikasi Mobile

Selain menyemak menggunakan browser di desktop atau laptop, semakan secara online juga boleh dilakukan menggunakan aplikasi mobile di smartphone.

Aplikasi mobile semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dimuat turun menerusi Play Store untuk platform android atau App Store menerusi platform IOS.

Melalui aplikasi ini, pemohon BR1M boleh menyemak status penghantaran borang, permohonan BRIM, status bayaran dan rayuan.

Ini sudah tentu memudahkan urusan pemohon membuat semakan tanpa perlu beratur panjang di kaunter-kaunter perkhidmatan BR1M di seluruh negara.

Pemohon hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut dari Play Store dan App Store dengan menggunakan kata kunci “Semakan BR1M” dan seterusnya mengikuti beberapa langkah mudah yang ditunjukkan di skrin handphone.

semak brim aplikasi mobile

Pastikan anda memuat turun aplikasi original yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

3. Melalui emel dan panggilan telefon

Selain cara di atas, anda juga boleh menyemak menerusi email.

Apa yang perlu anda lakukan ialah menghantar email ke br1m@treasury.gov.my.

Nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan pemohon di dalam email.

Jika anda ingin semak BR1M lulus atau tidak menerusi panggilan telefon, sila gunakan nombor hotline di bawah ini untuk bertanyakan status permohonan.

  • Dail nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia di 03-8882 4565/4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di 1-800-88-2176

Tarikh semakan ialah setiap hari bekerja bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bagaimana Jika Permohonan Gagal

Apabila kita bercakap tentang permohonan, pasti akan ada pemohon yang lulus dan gagal. Itu sudah menjadi satu lumrah kehidupan.

Jika gagal, apa yang pemohon perlu buat?

Anda perlu membuat rayuan.

Permohonan rayuan BR1M boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN), Pusat Khidmat Hasil dan di UTC.

Permohonan rayuan boleh dibuat menggunakan Borang BK-07 dan boleh dimuat turun melalui pautan link di bawah.

Klik pautan => Download Borang Rayuan BR1M BK-07

Isikan maklumat terkini sepertimana yang diperlukan di borang BK-07 dan kepilkan bersama beberapa dokumen sokongan yang diperlukan.

Jadi bagaimana?

Sudahkah anda semak BRIM 2018 lulus atau tidak?

2 Comments

Leave a Reply
  1. nak buat rayuan brim 2018 kerana kegagalan alasan pendapatan isi rumah melebihi 4 ribu sedangkan pendapatan kami bawah 5 ribu dan mengikut penerangan dato sri naajib kami layak dapat rm 700..yang baru di umumkan oleh dato sri

  2. saya dah habis belajar dan memohon rayuan brim kerana status permohonan saya tidak lulus kerana alasan saya penerima kad debit pelajar sedangkan saya sudah habis belajar

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *