in

SAPS Online 2018 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Untuk Ibu Bapa Dan Guru

SAPS online berasal dari perkataan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem semakan ini dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk meningkatkan akademik pelajar sekolah.

Sistem semakan keputusan peperiksaan secara online ini boleh dicapai oleh pelbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga pihak sekolah.

Banyak kelebihan dan kelebihan hasil daripada penggunaan aplikasi saps nkra ini. Ibu bapa tidak perlu menghadirkan diri ke sekolah kerana boleh semak keputusan peperiksaan secara online.

Paparan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar secara real time membolehkan ibu bapa mengetahui tahap akademik pelajar pada masa itu juga dan di mana sahaja.

Login Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS Sistem analisis Peperiksaan Sekolah dibahagikan kepada dua kegunaan,

  1. Kegunaan guru
  2. Kegunaan ibu bapa

Pilih kegunaan anda dibawah ini, ikuti langkah demi langkah.

Login Khas Guru

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah khas guru boleh dicapai melalui portal NKRA.

  1. Klik =>LOGIN KHAS GURU
  2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan
  3. Setelah klik LOGIN, halaman seterusnya akan dipaparkan satu persatu.

login guru

Login Saps Ibu bapa 2018

Layari url -> https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Ibu bapa perlu melakukan dua langkah carian iaitu carian murid dan juga carian sekolah.

  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor sijil lahir pelajar, klik butang CARI
  2. Masukkan nama NEGERI, cari nama sekolah pelajar dan tekan butang SEMAK

sistem login
P/S: Sila hubungi pihak sekolah terlebih dahulu untuk mengetahui tarikh semakan keputusan peperiksaan.

Dengan adanya sistem ini, guru dan ibu bapa dapat melihat prestasi pelajar melalui luar sekolah. Ianya mampu mengukur nilai prestasi pelajar dan juga dapat melihat kelemahan pelajar kerana SAPS semakan ini akan menganalisis data keputusan peperiksaan pelajar.

Guru kelas mendapat banyak kebaikan dengan penggunaan sistem ini. Mereka tidak lagi perlu menagih markah pelajar daripada guru matapelajaran sepanjang masa, kerana guru matapelajaran akan mengisi markah mata pelajaran ke dalam SAPS.

Artikel Berkaitan :

Diperingkat yang lain pula seperti pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah(PPD), Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) juga boleh terus melihat prestasi sekolah melalui Sistem Semakan SAPS.

Kesimpulannya, SAPS Semakan Ibu Bapa ini sudah boleh dilakukan secara online.  Antara keputusan peperiksaan yang boleh di semak ialah:

  • Keputusan pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga darjah enam.
  • Keputusan peperiksaan sekolah menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Takwim Kemasukan Markah Peperiksaan Dalaman 2017

Sebagai kemudahan ibu bapa untuk membuat semakan, di bawah ini dinyatakan takwin kemasukan markah peperiksaan akhir tahun 2017 ke dalam aplikasi ini.

Tarikh kemasukan data bagi tahun 5 dan tingkatan 4 bagi peperiksaan akhir tahun bermula pada 2 November 2017 hingga 24 november 2017.

takwim peperiksaan sekolah

Nota: Tarikh yang sama boleh diguna pakai bagi tahun 1 – 5, dan tingkatan 1,2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.

Link download : Takwim 2017

Walaubagaimanapun, peperiksaan seperti PT3, UPSR dan SPM masih belum boleh disemak menggunakan aplikasi ini.

Selamat menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ibu bapa bagi sesi persekolahan pelajar pada tahun 2018.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *