Panduan Pendaftaran Dan Permohonan UPU Online Sesi 2018-2019

Permohonan UPU 2018 dibuka pada 5 Februari nanti. Sebelum memohon, pelajar hendaklah membuat pendaftaran kali pertama setelah sistem UPU Online dibuka kelak.

Untuk mendaftar pelajar tidak memerlukan nombor unik ID BSN, tetapi untuk membuat permohonan pelajar perlu ada nombor unik ID BSN.

Artikel ini kami akan kongsikan bagaimana membuat pendaftaran dan permohonan kali pertama. Sebelum mohon, pelajar perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk mengakses Sistem UPUOnline.

permohonan upu

Maklumat detail tentang permohonan UPUOnline:-

  • Tarikh dibuka jam 12.00 tengahari bermula 5 Februari 2018
  • Tarikh ditutup jam 11.59 malam pada 10 April 2018
  • Tarikh pembelian nombor unik ID BSN pada 5 Februari 2018
  • Tarikh tutup pembelian nombor unik ID BSN pada 9 April 2018

Permohonan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my.

Sistem UPUOnline ini akan membolehkan pelajar membuat permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA.

Pendaftaran Dan Permohonan UPU Kali Pertama

Selepas Sistem UPUOnline dibuka pada 5 Februari 2018 nanti, pelajar hendaklah memasukkan maklumat penting seperti di bawah semasa proses pendaftaran kali pertama nanti.

  1. Nombor Kad Pengenalan
  2. Alamat email yang sah dan terkini
  3. Nama Ibu
  4. Kata laluan(Pastikan secure dan mudah diingati)
  5. Soalan keselamatan
  6. Kod keselamatan

Jika hendak mohon, pelajar perlu memasukkan beberapa perkara wajib isi semasa mengemukakan permohonan. Antara maklumat wajib isi sebagaimana di bawah. Pastikan anda semak betul-betul.

  1. Nombor kad pengenalan yang digunakan semasa pendaftaran peperiksaan
  2. Nombor unik ID BSN yang telah dibeli mengikut kategori masing-masing.
  3. Jenis permohonan
  4. Program pengajian
  5. Pilih kategori berdasarkan kelulusan. Detail tentang kategori sebagaimana di bawah.

A. Kategori SPM/Setaraf

1. A – Pelajar lepasan SPM 2017
2. B – Pelajar lepasan SPM 2015 atau 2016

B. Kategori STPM/Setaraf

1. A – Lepasan STPM Tahun 2017 aliran sastera
2. S – Lepasan STPM Tahun 2017 aliran sains
3. T – Lepasan STAM Tahun 2016 dan 2017
4. N – Aliran sains BMKPM/PASUM/ Asasi UiTM
5. P – Aliran perakaunan BMKPM
6. U – Aliran Undang-undang Asasi UiTM
7. K – Aliran kejuruteraan UiTM
8. L – Aliran TESL Asasi UiTM
9. J – Aliran teknikal BMKPM
10. E – Kelayakan diploma DKM/DLKM/DVM/Lain-lain diploma

  • E1 – DKM/DLKM
  • E2 – DVM
  • E3 – Diploma LL

11. F – Kelayakan setaraf:

  • F1 – A Level
  • F2 – IB
  • F3 – Sekolah sukan
  • F4 – STPM
  • F5 – Matrikulasi KPM/ASASI
  • F6 – STAM
  • F7 – AUSMAT/SAM/CPU
  • F8 – Foundation IPTS

12. G – Kelayakan Diploma UA/Politeknik

  • G1 – Diploma UA
  • G2 – Diploma Politeknik

Untuk login ke Sistem UPUOnline, pelajar hendaklah menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dibuat semasa proses pendaftaran kali pertama.

Permohonan UPU 2018 Kategori SPM/Setaraf, STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi UiTM

Kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf sebaik sahaja keputusan peperiksaan SPM diumumkan, pelajar dinasihatkan mengemaskini semula program pengajian supaya bersesuaian dengan kelayakan akademik yang diperolehi semasa peperiksaan.

permohonan upu 2018
Ini bagi memastikan supaya permohonan anda tidak ditolak kerana tidak memenuhi syarat kelayakan am dan khas terhadap program pengajian yang dipilih.

Bagi lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/ASASI anda juga boleh mendaftar dan memohon pada 5 Februari, tetapi pemilihan program pengajian hanya boleh dibuat pada 8 Februari 2018. Hanya program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan akademik akan dipaparkan dalam akaun Sistem UPUOnline pemohon.

Panduan Dan Syarat Am Permohonan UPU Online

Program Lepasan SPM/Setaraf

Syarat am permohonan kemasukan ke Universiti Awam/IPTA adalah sebagaimana di bawah.

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program pengajian Universiti Awam Dan Politeknik Premier

Program pengajian terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:

  • Semua program pengajian di UiTM;
  • Asasi UIAM;
  • Asasi Sains UM;
  • Asasi UNIMAS;
  • Asasi UMS; dan
  • Asasi UniSZA

Program pengajian terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:

  • Asasi Pengajian Islam UM;
  • Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
  • Tahmidi USIM;
  • Asasi UKM, UUM; dan
  • Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier

Program Lepasan STPM/Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah sebagaimana berikut:

Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.

Bagi bukan Warganegara hendaklah memohon terus ke Universiti Awam yang berkaitan.

Kelayakan kemasukan

1. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;

DAN

2. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

3. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; atau

4. MATRIKULASI / ASASI

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

DAN

5. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012.

Kredit: https://afterschool.my/

Leave A Reply

Your email address will not be published.