Permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/2020 Online Menerusi SPATKPM

Permohonan tahun 1 ambilan 2019/2020 boleh dibuat secara online bermula 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018. Permohonan kemasukan secara atas talian boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang dinamakan sebagai Sistem Pendaftaran Dalam Talian KPM(SPATKPM).

Sistem pendaftaran dalam talian KPM merupakan satu gerbang yang disediakan untuk melakukan transaksi permohonan kemasukan ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malasyia.

Ianya terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia(Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan).

Pengumuman Terkini:
 PERHATIAN KEPADA PERMOHONAN SEKOLAH DI PUTRAJAYA. 
Bagi permohonan kemasukan ke Tahun Satu ambilan 2019 yang telah dibuat pada tahun 2017, mohon semak permohonan Tuan/Puan kembali, kerana mulai tahun 2018, sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya hanya membenarkan penduduk di Putrajaya sahaja untuk memohon.

permohonan tahun satu sekolah putraya

 Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan penjaga.

Baca juga tentang : SAPS Ibu Bapa 2018 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

FAQ Tentang Permohonan Tahun 1 Secara Online Menerusi Aplikasi SPATKPM

Di bawah ini dipetik lapan soalan lazim yang berkaitan dengan permohonan tahun 1 secara atas talian menggunakan SPATKPM yang perlu anda ketahui:

1.  Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan?
Memudahkan permohonan ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
2.  Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi?
Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan.
3.  Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?
Ibu bapa dan penjaga.
4.  Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru?
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Rujukan: Manual Pengguna.
5.  Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?
Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul.
Sekiranya telah memohon menggunakan ID Pengguna yang salah atau menggunakan MyKid murid, Pengguna boleh teruskan permohonan dengan menggunakan ID tersebut.
6.  Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
Mohon semak Email (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
7.  Bagaimanakah jika Email yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN?
E-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek email: Email tidak sah untuk fungsi katalaluan)
8.  Bagaimanakah jika hendak mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari ID Pengguna?
Sila Daftar Masuk terlebih dahulu, kemudian klik butang menu UTILITI.

Manual dan panduan penggunaan sistem boleh dimuatturun di SINI.

Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.

Admin Mohonsemak.my berharap artikel Permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/2020 ini mampu memberikan manfaat kepada pengguna tentang penggunaan Sistem Pendaftaran Dalam Talian KPM(SPATKPM).

Sumber : https://public.moe.gov.my

Leave A Reply

Your email address will not be published.