Permohonan Diploma UPSI Lepasan SPM November 2018 Dan Syarat Kemasukan

permohonan diploma upsi lepasan spm
Admin nak kongsikan satu tempat pengajian di Universiti Awam yang begitu diminati oleh pelajar lepasan SPM. Universiti tersebut ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Permohonan Diploma UPSI lepasan SPM ambilan november 2018 telah dibuka bermula 5 September dan akan ditutup pada 5 Oktober 2018. Permohonan kemasukan ke UPSI hanya boleh dibuat secara online melaui portal rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Permohonan Diploma UPSI Lepasan SPM

Terdapat lima program yang ditawarkan untuk sesi akademik 2018/2019 bagi pengambilan November 2018. Antara lima program tersebut ialah:-

  1. Diploma Sains
  2. Diploma Sains(Matematik)
  3. Diploma Teknologi Makmal
  4. Diploma Keusahawanan
  5. Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pemohon mestilah memilih program mengikut kelayakan dan aliran  pengajian diperingkat SPM anda. Sebarang kesalahan dalam memilih program akan mengakibatkan anda tidak dipertimbangkan untuk ditawarkan ke pengajian Diploma.

Cara Memohon

Berikut di bawah ini dikongsikan cara membuat permohonan diploma UPSI lepasan SPM bagi pengambilan november 2018.

  • Beli BITARA ID Diploma di Bank Simpanan Nasional Seluruh Negara RM 26.00 mulai 5 September hingga 5 Oktober 2018.
  • Sila layari web www.upsi.edu.my/online dan klik pada pautan permohonan atas talian Diploma.
  • Login dengan memasukkan No Kad Pengenalan dan No Bitara ID Diploma untuk meneruskan
  • pengisian maklumat permohonan. Hanya 2 pilihan sahaja yang dibenarkan untuk calon membuat pilihan program yang diminati.
  • Selepas selesai mengisi permohonan atas talian, sila cetak pengesahan permohonan dan hantar
  • beserta salinan dokumen berikut :-
    • Pengesahan Permohonan Diploma
    • Salinan Sijil/Keputusan SPM/Setaraf yang disahkan
    • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
    • Salinan Sijil Penglibatan Sukan (Daerah/Negeri/Kebangsaan/Antarbangsa) – Jika ada

Sila hantar permohonan anda dan pastikan sampai sebelum 5 Oktober 2018 ke

Urusetia Permohonan Diploma
Unit Promosi dan Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak

Syarat Kemasukan UPSI Lepasan SPM

Berikut dikongsikan syarat kemasukan ke UPSI lepasan SPM untuk pengajian peringkat diploma bagi pengambilan November 2018. Syarat kemasukan ini dibahagikan kepada dua syarat, iaitu syarat am dan syarat khas.

Syarat AM

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) kepujian 6C/Gred termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Lulus/Gred E dalam mata pelajaran Sejarah (mulai SPM tahun 2013)

Syarat Khas

1.Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Aliran Sains
Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM;
1.Bahasa Inggeris
2.Matematik
Aliran Sastera
Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM;
1.Bahasa Inggeris
2.Matematik

2.Diploma Keusahawanan

Aliran Sains

Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian Gred C/6C dalam mana-mana satu mata pelajaran berikut pada peringkat SPM;
1. Perdagangan
2. Ekonomi Asas
3. Prinsip Perakaunan
4. Fizik
5. Kimia
6. Biologi
7. Matematik Tambahan

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian/Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM;
1. Matematik/ Matematik Tambahan/Matematik Kertas Julai
2. Bahasa Inggeris

Aliran Sastera

Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian Gred C/6C dalam mana-mana satu mata pelajaran berikut pada peringkat SPM;
1. Perdagangan
2. Ekonomi Asas
3. Prinsip Perakaunan
4. Fizik
5. Kimia
6. Biologi
7. Matematik Tambahan

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian/Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM;
1. Matematik/ Matematik Tambahan/Matematik Kertas Julai
2. Bahasa Inggeris

3. Diploma Sains(6 Semester)

Aliran Sains
Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian 6C /Gred C dalam mana-mana dua mata pelajaran berikut pada peringkat SPM.
1. Fizik
2. Kimia
3. Biologi
4. Matematik
5. Matematik Tambahan
6. Lukisan Kejuruteraan
7. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
8. Pengajian Kejuruteraan Awam
9. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal; dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM.
1. Bahasa Inggeris

Aliran Sastera TIDAK DITAWARKAN

4. Diploma Sains(Matematik)

Aliran Sains
Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian 6C/Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM;
1. Mathematics; danMendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM.
1. Matematik Tambahan;dan
2. Bahasa Inggeris; dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian/Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM:
1. Fizik/Kimia/Biologi/Sains Tambahan/Sains.

Aliran Sastera Tidak Ditawarkan.

5. Diploma Teknologi Makmal(6 Semester)

Aliran Sains
Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian 6C/Gred C dalam mana-mana dua (2) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat SPM;
1. Matematik; dan
2. Fizik/Kimia/Biologi; dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM.
1. Bahasa Inggeris

Aliran Sastera Tidak Ditawarkan.

Semoga artikel permohonan diploma UPSI lepasan SPM memberikan manfaat kepada semua pembaca. Sebarang komen dialu-alukan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.