Semak No Plat Terbaru Kenderaan (Nombor Pendaftaran Online 2018)

Semak nombor plat kenderaan terkini secara online. Aidilfitri hampir tiba. Sudah pasti ramai yang ingin membeli kenderaan baru seperti kereta dan motorsikal. Tetapi mungkin ada yang terfikir, susah kalau nak pilih no plat kerana perlu pergi ke JPJ yang berhampiran.

Sekarang ini jika anda ingin melihat berapa no plat terkini, tak perlu bersusah payah lagi ke kaunter JPJ. Anda boleh membuat semakan secara online. Bukan sahaja anda boleh tahu nombor terbaharu pendaftaran kenderaan di negeri anda tetapi anda boleh menyemak nombor kenderaan terbaru seluruh Malaysia.

no plat kenderaan terkini
Gambar Kredit : Google Images

Berikut di bawah ini Admin kongsikan cara membuat semakan no plat terkini kenderaan secara online. Semakan dibuat menggunakan aplikasi yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan secara online.

Untuk makluman pembaca, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mempunyai no plat baru iaitu V untuk Kuala Lumpur dan F untuk Putrajaya. Ianya berkuatkuasa mulai 1 Jun 2016.

Sila layari http://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-nombor-pendaftaran-terkini untuk membuat semakan no pendaftaran terkini. Anda boleh terus klik url di atas ataupun copy url tersebut dan paste ke browser.

Setelah klik paparan sebagaimana di bawah akan kelihatan.

no pendaftaran terkini

Sila pilih negeri pilihan anda. Masukkan Kod Sekuriti dan klik butang SEMAK.

Sebagai contoh admin memilih Negeri Johor, hasil carian adalah sebagaimana di bawah.

hasil carian nombor kenderaan
Hasil carian pada : 29/05/2018 15:31:29

Jika anda ingin beli nombor, terus sahaja klik SINI.

No Plat Terkini 2018

Hasil carian di bawah ini telah diambil dari transaksi online JPJ dan dikemaskini pada 29 Mei 2018. Kemaskini seterusnya ialah pada 1 Julai 2018.

1. Lembah Klang

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : VBQ2421
  2. Putrajaya : FB2943
  3. Selangor : BPM9640

2. Utara

  1. Kedah : KEM9374
  2. Langkawi : KV1021E
  3. Pulau Pinang : PNL3720
  4. Perak : ALA3513
  5. Perlis : RW2967

3. Selatan

  1. Johor : JSU1392
  2. Melaka : MDB1754
  3. Negeri Sembilan : NDJ4425

4. Timur

  1. Terengganu : TBX4052
  2. Pahang : CEA1198
  3. Kelantan : DDG5480

5. Sabah

  1. Kota Kinabalu : SY1428
  2. Sandakan : SSA7021A
  3. Kudat : SK524B
  4. Tawau : STA4350A
  5. Beafourt : SB1393D
  6. Keningau : SU784E
  7. Lahad Datu : SD3428N

6. Sarawak

  1. Sibu : QS198J
  2. Kuching : –
  3. Miri : QM5429D
  4. Sri Aman : QBD3069
  5. Sarikei : QRL3949
  6. Bintulu : QTR1393
  7. Limbang : QLB7956
  8. Kota Samarahan : QCH2115
  9. Kapit : QPB304

Semoga artikel semakan nombor pendaftaran kenderaan online 2018 ini memberikan manfaat kepada pembaca semua. Admin amat berbesar hati sekiranya pembaca dapat kongsikan laman ini dengan pembaca yang lain.

Leave A Reply

Your email address will not be published.