Semak Keputusan Peperiksaan SPM 2017 Secara Online Dan SMS Serta Menerusi Aplikasi Mobile

Semak keputusan SPM 2017 secara online dan SMS. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat kenyataan media berhubung tarikh rasmi keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017. Tarikh keputusan SPM akan diumumkan pada hari khamis, 15 Mac 2018.

Seramai 443,883 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM di 3,363 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, 386,331 calon adalah dari Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

8,461 calon adalah dari sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM, 8,346 adalah calon dari Sekolah Menengah Agama Negeri dan 1,976 dari Sekolah Menengah Agama Rakyat.

Manakala 14,883 calon dari Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan 23,886 merupakan calon persendirian.

Calon boleh mendapat keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi mulai 15 Mac 2018. Bagi calon persendirian, ianya akan dimaklumkan melalui pos ataupun boleh berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Kenyataan Media KPM Tentang Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2017

kenyataan media keputusan spm 2017

Artikel Berkaitan :

Semak Keputusan SPM 2017 Menerusi Aplikasi Telefon Mudah Alih(Mobile)

Calon hendaklah memuatturun aplikasi mobile yang dipanggil e-peperiksaan ke telefon mudah alih masing-masing. Setakat ini hanya platform Android sahaja yang menyediakan aplikasi ini.

Calon hendaklah menggunakan Google Play Store dan membuat carian menggunakan kata kunci “e-lembaga peperiksaan”.

e-lembaga peperiksaan
e-lembaga peperiksaan Google Play Store

Seterusnya download secara percuma dan ikuti langkah mudah yang disediakan.

Aplikasi ini dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan selaras dengan inisiatif perkongsian maklumat kerajaan dan orang awam.

Aplikasi ini merangkumi modul-modul berikut:

  1. Modul Penataran Maklumat. Medium penyampaian maklumat berkaitan peperiksaan kendalian LP kepada calon peperiksaan, petugas peperiksaan dan orang awam.
  2. Modul Semakan Keputusan Peperiksaan. Membolehkan pengguna membuat semakan keputusan peperiksaan awam kendalian LP pada tempoh yang ditetapkan. Sasaran pengguna terdiri daripada calon peperiksaan yang berkaitan.

Semakan Secara Online

Selain menyemak keputusan menggunakan Aplikasi telefon mudah alih, calon juga boleh membuat semakan keputusan SPM 2017 secara online. Calon boleh menggunakan pautan link yang disediakan dibawah.

  • Klik SINI.(Pautan link akan disediakan)
  • Semakan keputusan dilaman tersebut hanyalah ringkasan maklumat keputusan sahaja. Calon hendaklah hadir ke sekolah atau JPN untuk mendapatkan keputusan penuh.

Semak Keputusan Melalui Khidmat SMS

  1. Taip SPM<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran
  2. SMS ke 15888

semak keputusan spm melalui sms

Perkhidmatan SMS ini diaktifkan selepas jam 10 pagi 15 Mac 2018 dan akan ditamatkan jam 6.00 petang pada 21 Mac 2018.

Sumber : Kenyataan Media Keputusan SPM Oleh KPM

Leave A Reply

Your email address will not be published.