in

Semakan Keputusan MUET Sesi 1 Mac 2018

Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuat pengumuman semakan keputusan Ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1 2018 boleh dibuat bermula hari khamis 10 Mei 2018.

Calon boleh semak secara online dan juga melalui perkhidmatan SMS.

Berikut di bawah ini dikongsikan cara membuat semakan menggunakan perkhidmatan online dan juga SMS.

1. Semak Secara Online

keputusan ujian malaysian university english test
Gambar Kredit : MPM

Cetakan dan semakan ujian MUET online boleh dibuat menggunakan Aplikasi yang disediakan oleh MPM. Sila layari pautan khas di bawah ini:

http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_result/

2. Melalui SMS

Untuk makluman calon semakan melalui SMS menggunakan perkhidmatan MySMS. Perkhidmatan ini dibuka pada jam 10.01 pagi 10 Mei 2018. Cara-caranya sebagaimana di bawah.

1. Taipkan

MUET<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

Contoh : MUET RESULT 751121016757

2. Hantarkan SMS ke 15888

Permohonan Semak Semula MUET Sesi 1 2018

Bagi calon yang tidak berpuas hati setelah mendapat keputusan peperiksaan MUET, anda boleh membuat semakan semula.

semak semula muet

Permohonan semak semula dibuka pada 10 Mei 2018 hingga 18 Mei 2018. Boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan di bawah.

http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss

Pembelian PIN boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan di bawah atau terus ke Bank Simpanan Nasional.

http://dapatpay.dapat.com/mpm

Keputusan semakan semula akan diumumkan selepas 18 hari tarikh permohonan dibuka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *