Cara Semak Duit BR1M Dah Masuk Belum, Pengkreditan Bermula 15 Ogos 2018

Cara semak duit BR1M dah masuk atau belum. Pengkreditan duit br1m atau nama baru Bantuan Sara Hidup telah mula dilakukan secara berperingkat bermula 15 Ogos 2018. Sejak pengumuman pengkreditan itu, orang ramai berpusu-pusu ke bank semata-mata untuk semak duit Bantuan Rakyat 1Malaysia sudah masuk atau belum.

Berkemungkinan jika anda pergi, anda akan beratur panjang di mesin ATM lebih dari 30 minit hanya untuk membuat semakan.

Anda sebenarnya tidak perlu bersusah payah ke bank hanya untuk tujuan itu. Kami ada cara yang lebih mudah dan praktikal. Anda perlu tahu, pengkreditan dilakukan secara berperingkat. Kemungkinan besar duit BR1M belum masuk.

Jika belum masuk, pasti anda akan pulang hampa.

Cara Semak Duit BR1M Dah Masuk Atau Belum Tanpa Perlu Ke Bank

Ada dua cara, kami terangkan cara yang pertama terlebih dahulu. Ikuti langkah-langkah di bawah ini.

A. Menggunakan Aplikasi Mobile BR1M Di Play Store Atau Apps Store.

  1. Anda perlu download aplikasi tersebut. Jika anda penggunan handphone android, anda boleh download aplikasi tersebut di Google Play Store. Jika anda pengguna iPhone, anda download aplikasi tersebut di Apple Store.
  2. cara semak duit br1m dah masuk atau belum
    ilustrasi Aplikasi Mobile BR1M
  3. Klik pada “semakan status” seperti gambar di bawah.
  4. semak duit br1m dah masuk atau belum

  5. Jawab soalan tentang maklumat peribadi anda dengan betul. Maklumat peribadi telah anda isi semasa membuat permohonan BR1M.
  6. Sekiranya berjaya, keputusan semakan dipaparkan sebagaimana gambar di bawah.

Mudah dan simple kan cara semak duit br1m dah masuk belum. Jika anda belum download aplikasi tersebut, sila download sekarang. Ianya PERCUMA.

Akan tetapi jika anda tidak mahu semak menggunakan aplikasi mobile, anda boleh gunakan cara alternatif yang lain.

Anda boleh membuat semakan dengan menggunakan sistem perbankan online. Antara contoh sistem perbankan online yang biasa digunakan ialah Maybank2u, CIMB Click, iRakyat dan sebagainya.

Jadi, anda tidak perlu beratur panjang di mesin ATM.

Jika anda semak tetapi tiada, itu bermakna giliran anda belum sampai lagi. Kena bersabar, masanya akan tiba jugak nanti. Apa yang penting permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia anda LULUS.

Itulah antara cara semak duit BR1M dah masuk atau belum ke akaun bank masing-masing.

3 Comments
  1. Kumaresen a/l muniandy says

    Saya kumaresen a/l muniandy dan saya telah mohon untuk Br1m 2018 tetapi tungakan saya telah lambat dan saya tidak pasti kerena apa yang telah berlaku setakat ini kerana itu saya semak status saya sampai sekarang ini saya harap apa yang saya mohon telah di luluskan tetapi tidak pasti dengan kiriman Br1m kerana saya telah hantar dengan catatan ini harap kamu faham dengan ini, sekian terima kasih itu yang saya telah catatan ini harap faham.

  2. Zulasri bin karim says

    Saya:zulasri bin karim..saya telah membuat permohonan BRIM tahun 2018..ada kah permohonan saya telah di lulus kan atau pun tidak?? Sekian terima kasi.

  3. Mohamad izzatrul ikram bin imeran says

    Surat baucar brim fasa 3 sudah keluar atau belum

Leave A Reply

Your email address will not be published.